Monday, September 2, 2013

...Meet My Baby....

Hai kesayangannn. Ohh lama berbenor rasanye tak menaip kat sini kan. Tetibe pagi ni rase jari ni macam gatal nak menaip je :D Cuti Merdeka last week aku pergi Johor dengan Mr.F untuk melawat my bestie I bersalin. Macam mimpi je yang my bestie nihh dah bersalin then macam tak percaya jugak yang Mr.F meng-offer kan diri untuk jadik driver ke Johor. How sweet youuuu Mr.F .


Tengok tajuk entri sangat overrr hokeyyy. Let me start. My bestie selamat melahirkan baby boy hari selasa last week. Congrats sayangg. Im happy for you. Kau dah jadik mumy kan. Kau dah dapat pengalaman yang berharga sayang. Bila my bestie ni dah bersalin so automatic anak dia akan menjadik anak angkat kepada aku. hihi. Dan disebabkan itulah adanya entri ni. perhhh ayat kemaen poyo!


- Meet My Baby -
 
 
 
 
 
 
 
Haa ni lah anak angkat I uolls. Nama dye Muhammad Fareeq Iman. Hensem okeh anak angkat I nihh. Mumy Syu doakan sayang cepat membesar. Membesar menjadi anak yang soleh dan beriman. Muka baby ni sebijik muka dady dia. Cuma lesung pipit dia je ikut mumy dia. Baby ni ada dua mumy dan dua dady. Haaa kelasss awak baby! :)) Kenapa dua? Sebab baby ni panggil mak dan ayah dia "mumy dan dady" than panggil aku dengan Mr.F pon "mumy syu dan dady F". Jangan nanti baby ni confuse sudehhhh. 
 
 
 
 
Jumpa je baby ni rase macam nak cubit cubit je. haihh. Tapi mumy tak buat sebab mumy sayang baby. Dady F pon bersemangat je bila jumpa baby nih. Tetibe rasa macam tak sabra lak nak kawen. Haaa dah mula lettew. Lama okeh aku melepak dekat rumah MIL my bestie nihhh. Bukan apa bila mumy syu jumpa mumy and aunty raihan mulalah gossip we olsss. Nasib dady F kawan dengan dady kalau tak pingsan dia. Sory kesayangan.
 
 
 
 



- baby dah buka mata -
 
 
 

 
- ihsan google -
 
 
 
 
Before pergi tengok baby ni aku dengan Mr.F pergi beli hamper tapi lupa nak snap gambar hamper tu. Ni semua salah Mr.F!!! Tapi lebih kurang macamni lah hamper yang kami belikan untuk baby tu. Sampai sini sajelah entri kali ni. Nanti hapdate lagik okehh *bighugs*
 
 
 
 


Tuesday, May 7, 2013

...PRU 13..

hai semua.

Semua orang sudah sedia maklum kan pada hari ahad yang lepas Pilihan Raya kali yang ke 13. Wah ayat aku dah macam penulis buku teks sekolah jek -____-.


Anyway aku balik okeh untuk tunaikan tanggungjawab pada negara, Wah gitu. Nampak tak bertapa semangat nye aku. hikhikhik. Aku attach kan jari aku yang berdakwat biru tu.


-kami pilih mengundi-





Yea aku pilih mengundi. hekhekhek. Gambar tu adalah menunjukan jari aku, kakak-kakak aku, mak aku dan jugak jiran aku. Memang kami semua semangat okeh. Alhamdulilah aku berpuas hati balik mengundi kali ini. Tak rugi den balik kampung :D



Okelah tanak taip panjang panjang lagik. Eh tapi sebelum tuh aku nak bagi tau semua yang aku bersyukur sangat sebab Malaysia still lagik diperintah oleh Orang MELAYU. Syukur sangat. Harap sangat ia akan kekal sampai bila pon. Semoga MELAYU tak kan hilang di dunia. Semoga nanti anak cucu kita tak kan ditindas oleh kaum laen. Aminnnn





Truly,

Thursday, April 25, 2013

.....Hilang Mood...


Muning preepps.


Hah pepagi lagik entri tak semangat langsung kan? Ekceli tadi aku dengan bersemangat waja nak continue type entri aku yang lepas. Tapi bila dah sign in blog terus berterabur mood hilang entah ke mane. haihhh.


Mood terus kucar kacir lak. Okelah malas nak type panjang panjang lagi dahhh. Tade mood nak merepek. Aku nak continue buat keje lah. Oke baiiii.








notajaritelunjuk :: Disebabkan hilang mood so aku upload pic kaki je. Ahh tade kena mengena pong. Tapi tapi look like i care ke??



Sunday, April 21, 2013

.......Be Mine.....


Bermula di Facebook
Kau tegur ku dulu tak tahu malu
Tak kuasa nak layan
Aku buat tak tahu

Kau terus cuba dan mencuba

Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya dirimu
Membuatku terjatuh

Bila kita mula mengada

Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit aku merajuk

Kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
Ku cuma nak uji saja

Chorus

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Ulang Chorus 2X


Dalam pada ku gembira

Kadang kala sedih juga
Kau sudah berpunya
Tak mungkin jadi milikku selamanya


notajaritelunjuk :: ekceli lagu ni ringtone untuk incik teman tapi mesra aku. Aku suka lagu nihh. Lirik dia lak macam kena je dengan incik teman tapi mesra aku tu.  Okelah baiii 






Truly,

Tuesday, April 16, 2013

......Hebatnya Wanita.....

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.



p/s :: entri ni aku copy paste je dari facebook untuk tatapan semua. Anyway aku bangga jadik wanita. Wanita mampu menggoncang dunia okeh. Sumayyah contoh terbaek. Kepada kaum adam hormatlah kami sebagai wanita. Sekian ;)





truly,

....Chiang Mai.....

Holla preepp.


Last month aku berholiday for second time this year. Hamboihh kau nurul baru bulan ketiga kau dah pergi holiday bagai kan? Ohh ekceli holiday ni aku pergi dengan staff office aku. What we call is Company Trip. Yess sumpah best holiday dengan dorang nihh even mereka mereka semua adalah Cina. Maklumlah kalau dah keje dengan company cina of course la dimonopoli oleh kaum mereka kan. But tak terasa pon. We are just like one big family. Yeeehhoooo. Holiday kami just for 4day 3night. For your information holiday ni free of charge okeh for all staff. Alhamdulilah rezeki kan. Kami just bawak duet untuk shoping memasing je. Kalaulah duet untuk shopping pon company kasik kan beshh. -____-


Kami stay kat Suriwongse Hotel Chiang Mai. Sangat selesa okeh hotel ni. Masa ini hotel ni tengah upgrade from 4 star kepada 5 star okeh. Kat bawah ni aku tunjuk korang bilik tido. Best okeh. Lengkap segalanye. Toilet dye pon cantik okehhh. Siap ada sliding window lagik. Seksi u olls. :)








First destination kami Doi Suthep Temple. Orang kata kalau datang Chiang Mai tapi tak pergi tample ni tak lengkap so kami awal awal lagik dah pergi that means lengkaplah holiday kami kan kan kan? Temple ni atas bukit. Kami kena climb 309 step to reach the Pagoda. Ohhmaigod semput u olls. Daripada atas ni korang bole tengok surrounding dye. Subhanallah cantik permandangan dye. Lets view gambar kami masa kat temple ni.

 - snap picture before climb to pagoda  -


-  in the temple -


- mercu tanda Doi Suthep Temple -


- strawberi sedap lagi murah hoi -


- fresh juice- 

Then we got our lunch after that baru check in. pheww letih siot. Mahu tak letey seawal pagi dah sampai LCCT. So lepas check in i take a nap while menunggu dinner. Ohh sepanjang kat Chiang Mai ni bole cakap menu dye sama jek -____- Kalu uolsss nak tahu empat hari je bole buat aku loose weight, Huhuhu. For second day we all pergi Chiang Rai. Subhanallah jaoh kot nak pergi sana. Masa on the way tu we all singgah sekejap dekat HOT SPRING. Ohh kolam dye sangatlah HOT okeh. Aku rendam kaki sekejap jeh. Ada kolam kalau rendam telot puyuh 5-10min dah masak. Dah bole makan. Okeh lah view our picture kat sini.


-sesi rendam merendam kaki-


- me? auta lebih sebab panas sgt -


- Hot Spring -


- With Officemate -



Next destination is White Temple. Ohh di sini sangat banyak temple. Temple mereka sangat santik tahu. Aku superb amazing dengan White Temple nihh. sangat cantik. Wallpaper dalam temple ni dilukis dan diwarna by hand. Dah masuk 2tahun but wallpaper dia masih belum siap. Lukisan dia sangat lah hidup. Memang aku salute gila dengan artist yang lukis kat dinding tu. But unfortunately camare are not allowed in this temple (T__T) And kalau uolss nak tahu kat sini ada Golden Toilet. Kelassss jah. Toilet je kot. Bersih je toilet dia. Golden Toilet ni lain dari public toilet lain sebab kalau nak masok toilet kita kena guna slipper yang downg sediakan. Kat sini jugak ada jual MINI PINEAPPLE yang super super sedap. Saiz dia lebih kurang buah epal je tu panggil MINI. Maniss hoi semanis awek siamsss *tetiba* tapi sumpah tak tipu memang manis. Murah lak tu harga dia. Sebijik singget je wehh. Bak kata tourist guide we olss kalau tak rase MINI PINEAPPLE *perlu ke CAPSLOCK*  tu tak lengkap datang sini. Here aku attachkan korang gambar mase kat White Temple and Golden Toilet ni. zasSSss.

- entrance of White Temple -


- Sekitar White Temple -


- My Officemate-


- Golden Toilet -


- Dearie Nurul-


- In Bus-


- my officemate said this my sleeping beauty  o.O -

- Mini Pineapple yang super duper sedap plus manisss -



- My bos and officemate -


Perjalanan diteruskan lagi ke perkampungan Long Neck. Jaoh weh kampung orang Long Neck nihh. Sungguh ulu kampung nihh. Kat sini bole tengok orang leher panjang. Korang tahu tak kenapa mereka mereka ni lilit leher, lengan, betis dengan besi? Sebab untuk protect downg dari binatang liar masa their husband pergi hunter. Mase kat sini aku try pakai besi lilit leher tuh. Pheww berat wehh natang tuh. Aku pakai yang separuh je pon dah berat. Downg pakai banyak banyak tu apa rase lah kan.  Jom usha gambar gambar aku kat kampung nih :)


- At Long Neck Village -


 - Niaga sebagai sumber pendapatan -

 - Me kena pakai mcm dia -


 - Berat hoi natang nihh -


 - Awekss Long Neck -


 - Gitar kayu -


 - Me felt huh lega -





 - Dia pon nak try jugak -

 - Semua tu hand made okeh -




After Long Neck Village kami terus pergi ke sempadan Loas. Aku dah lupa apa nama tempat tu. Sebab masa tourist guide dok explain atas bus aku busy dengan tido. hekhekhek. Then dari situ we olss pergi ke pasar petang dekat sempadan Myammar. Haa kau semua tempat we olss pergi. Enuf for Chiang Rai. Jom layan gambar last kat Chiang Rai ^____^


 - No caption -


 - Panas hoii kat sini -



 - Sempadan Myammar -


 - Jade Siam -


- Tut tut the truly Siam -


Last day jenjalan dekat Siam we olss pergi Taman Rama Rama, Taman Orkid, Elephant Village, Thai Silk Factory,  Silver Factory, Honey Bee Farm dan banyak lagik. Tapi masa ni tak banyak snap picture sebab tak de benda yang best. But dekat Elephant Village banyak jugak teman tapi mesra aku snap picture. At this time camera aku ada pada dia. Thai silk dye bapak mahal wehh. Baru plan nak beli seketoi tapi bila kira kira then convert dalam Ringgit Malaysia rasa cam tak bole pergi je. So decide tak payah beli. hekhekhek. Orang orang kat Thailand ni memang rajin betei lah sebab mostly barang downg semua handmade. Sangat kretif mereka mereka ni. Let view the last picture for this entry. 


 - Me at Orchid and Butterfly Farm - 


 - Dia in front off Orchid and Butterfly Farm -



- Me and my boss. Sengal -



- Map at Elephant Village -


 - Elephant melukis -


 - Agains -


 - Tengok Persembahan Gajah -


 - Me and my hensem boss -


 - Agains we are - 


 - She's our tourist guide -


 - Before fly at Chiang Mai Internasional Airport -



- Family Lim Chin - 


- In flight. Bye Chiang Mai -



Finally after holiday 4 days 3 night at Chiang Mai we are back to Kuala Lumpur. This is the best company trip. Seronok beronok ronok okeh. Jenjalan sana sini. Massage part paling best. hikhikhikhik. Sory guys entri ini penuh dengan gambar gambar. So selamat menatap sampai muntah. oke bai.




notajaritelunjuk :: Entri ni sudah lama dalam draf. Type sikit save then ada masa continue pulokk.. Terlalu bz okeh dengan kerja kerja ofis. But today i force my self untuk type bagi habis then publish. So i'm done sayangggggg. Happy reading guysss. 




Truly,